Jangan Biarkan Sunk Cost atau Kos Lesap Mempengaruhi Keputusan Anda

Saya terbaca satu artikel yang menceritakan tentang keputusan sepasang suami isteri yang baharu berkahwin untuk menaiki kapal persiaran di tengah-tengah wabak Covid-19 kerana sudah membayar kosnya.  Menurut mereka: “Memandangkan kami telah melaburkan banyak wang dalam percutian bulan madu ini, kami tiada pilihan lain kecuali untuk belayar”.

Artikel dipetik dari CNN

Persoalannya ialah betulkah mereka tiada pilihan? Atau mereka rasa seperti tiada pilihan? Sebenarnya kos untuk pelayaran tersebut ialah sunk cost atau kos lesap (sudah hangus). Perbelanjaan telah dibuat. Tiada apa yang dapat mengembalikannya.  Tetapi mereka ada pilihan.

  1. Pergi menaiki kapal persiaran. Hadapi risiko dijangkiti koronavirus (kes Diamond Princess telah berlaku pada waktu keputusan perlu dibuat). Mungkin terpaksa duduk dalam bilik sendiri tanpa keluar buat tempoh yang lama. Ketidakpastian sama ada terdapat pelabuhan akan menerima kapal tersebut menyebabkan mereka tersadai di tengah laut buat jangka masa tertentu dan akhir sekali terpaksa dikuarantin 14 hari lagi apabila pulang.
  2. Duduk diam di rumah dan meluangkan masa bersama.

Mungkin ada sesetengah orang yang tak kisah jika peristiwa pertama berlaku. Tetapi berasaskan artikel, mereka tidak ‘happy’ dengan pengalaman tersebut.

Kos lesap ini juga satu faktor yang sering menganggu keputusan pelaburan saham. Kita ambil contoh saham Aeon Bhd. Ada orang mungkin beli pada harga yang tinggi sebelum Covid-19.  Ada orang lain pula beli pada harga rendah di bawah RM1 bulan lepas.

Kedua-duanya  kos lesap. Pasaran tak kisah harga beli anda.  Malah anda juga patut tak ambil kira lagi harga beli anda (kecuali dalam analisis pasca pembelian tentang kewajaran keputusan beli tersebut).

Apa yang penting ialah apa yang akan berlaku kepada saham Aeon sepanjang tempoh pelaburan anda, iaitu adakah ia akan naik atau turun daripada harga semasa dalam suasana Covid-19 dan selanjutnya). Itulah yang patut menentukan keputusan anda untuk terus pegang atau jual.

Kos yang telah lesap tidak akan kembali. Jadi jangan biarkan kos masa lepas ini menganggu proses pembuatan keputusan anda untuk masa depan.

_________________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *