Bank Negara Turunkan Kadar Kepada 2%, Baik Untuk Penghutang Pembiayaan Kadar Boleh Ubah

Semalam Bank Negara (BNM) menurunkan kadar dasar (OPR) sebanyak 0.5% kepada 2%.  Ini akan disusuli oleh pengumuman bank-bank untuk menurunkan kadar pinjaman masing-masing dengan nilai sama.

Pada tahun ini, BNM telah menurunkan kadar sebanyak 1.0% secara keseluruhan. Tindakan tersebut membawa manfaat kepada individu dan syarikat yang mempunyai pembiayaan boleh ubah dan tidak bagi mereka yang mempunyai pinjaman kadar tetap.

Lazimnya, ansuran bulanan anda akan dilaraskan ke jumlah yang lebih rendah.

Tindakan BNM ini ialah preskripsi dasar wang standard untuk merangsang ekonomi yang gawat. Ada dua matlamat, iaitu menggalakkan pembiayaan baharu dan memberikan pendapatan boleh guna lebih tinggi kepada pembayar pinjaman sedia ada.

Walaupun objektif pertama sukar dicapai kerana bank mungkin amat berhati-hati untuk memberi pinjaman pada waktu ini, tetapi matlamat kedua boleh dicapai.

Untuk tempoh terdekat, penurunan ini rata-rata memberikan kesan negatif kepada bank kerana penyusutan margin. Bergantung kepada penganalisis atau pegawai bank yang memberikan pandangan, ada yang kata kesan kecil dan ada yang kata kesan besar memandangkan tekanan yang dihadapi oleh ekonomi secara keseluruhan.

Pada pandangan saya, langkah ini perlu bukan untuk mengelakkan kemelesetan ekonomi, yang pasti berlaku, tetapi mengurangkan kesannya.

_________________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *