KDNK S1 2020 Malaysia Berkembang 0.7% Secara Tahunan, Susut 2.2% Secara Suku Tahunan

Pada suku pertama 2020 (S1 2020), ekonomi Malaysia telah berkembang 0.7% berbanding S1 2019 (year on year), tetapi menyusut 2.0% (-2.0%) berbanding S4 2019 (quarter on quarter), selepas melaraskan faktor musim.

Kadar pertumbuhan rendah ini memang seperti yang dijangka memandangkan PKP bermula pada pertengahan Mac. Tetapi apa yang lebih membimbangkan ialah unjuran BNM bahawa pada S2 2020 kemerosotan ketara dijangka berlaku disebabkan kesan penuh PKP.

Data awal bulan April menunjukkan hasil sektor perkhidmatan merosot 38,6%. Manakala Indeks Pengeluaran Perindustrian pula menyusut lebih 4.9% pada bulan Mac.

Ini petanda awal bahawa situasi agak teruk, dan mungkin merupakan data yang mendorong Kerajaan melakukan peralihan mendadak daripada PKP kepada PKPB baru-baru ini.

Lazimnya data yang dilaporkan oleh media ialah angka suku tahun semasa berbanding suku tahun sama pada tahun lepas (year on year), tetapi definisi umum kemelesetan ekonomi ialah penyusutan quarter on quarter, iaitu suku tahun ini (S1 2020) berbanding suku tahun sebelumnya (S4 2019), buat dua suku tahun berturut-turut.

Oleh yang demikian kita pasti mengalami kemelesetan kerana angka KDNK pada S2 2020 dijangka lebih teruk.

Tetapi dari sudut positif, S3 dan S4 2020 diramalkan lebih baik sedikit memandangkan banyak industri sudah mula beroperasi. Cuma selagi sebarang bentuk PKP dan penutupan sempadan dilaksanakan, negara belum lagi boleh mencapai output ekonomi seperti pada 2019.

Kesimpulannya, berapa cepat kita boleh pulih bergantung kepada bila semua bentuk PKP ditamatkan.

Dengan kata lain, pertumbuhan ekonomi kita dalam tempoh terdekat bergantung sebahagian besarnya kepada kejayaan kita mengawal penularan virus.

Di bawah saya paparkan kadar pertumbuhan ekonomi suku tahunan Malaysia secara year on year dan quarter on quarter untuk tempoh 25 tahun lepas, daripada laman web Trading Economics.

_________________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *