Bagaimana Bank Pusat AS Biayai Kesan Ekonomi Covid-19

Anda mungkin tertanya bagaimanakah Kerajaan atau Bank Pusat di beberapa negara maju, terutamanya di Amerika, membiayai kos luar biasa krisis ekonomi akibat Covid-19?

Jawapannya boleh dilihat dalam video temu ramah 60 Minutes dengan Jerome Powell, Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Apa kata beliau dalam petikan sebahagian temu ramah tersebut?

Pengacara: Jadi anda telah membanjiri sistem dengan wang?

J. Powell: Ya. Memang betul. Itu satu lagi cara untuk menggambarkannya,

Pengacara: Wang ini datang dari mana?  Adakah anda mencetaknya?

J. Powell: Kami mencetaknya secara digital. Sebagai bank pusat kami boleh mencipta wang secara digital. Kami melakukannya dengan membeli Bil dan Bon Perbendaharaan (Kerajaan) atau Sekuriti Jaminan Kerajaan lain dan langkah ini menambah bekalan wang.

J. Powell:  Kami juga mencetak wang sebenar dan kami mengagihkannya kepada Bank-Bank Rizab Persekutuan.

Lembaran imbangan Fed (pegangan aset yang terdiri daripada instrumen yang disebutkan di atas) telah melonjak kepada lebih USD7 trillion. Banyak wang telah disuntik ke dalam sistem.

Buat masa ini (jangka pendek) tiada kesan terhadap inflasi sebab kemelesetan ekonomi yang dialami tetapi kita tidak pasti apakah kesan jangka panjang tindakan luar biasa ini.

Satu lagi kesan ialah ia memberi sokongan kepada pasaran kewangan. Sebab itulah pasaran kewangan (terutamanya di AS) tidak mencerminkan realiti kegawatan ekonomi di peringkat akar umbi.

Ada juga pihak yang berkata ini satu bentuk ‘bailout’ bagi golongan berada, iaitu golongan pemegang aset.

Tetapi akibatnya mungkin ditanggung oleh rakyat biasa kerana akhirnya hutang akibat defisit yang timbul untuk membiayai perbelanjaan besar-besaran ini perlu dibayar balik juga.

Sama ada cukai perlu dinaikkan, atau Bank Pusat membiayainya dengan mencetak lebih banyak wang (dengan terus membeli sekuriti Kerajaan) yang akhirnya akan menyebabkan inflasi dan menurunkan kuasa beli wang.

Tak pasti apakah kesannya dalam jangka panjang, tetapi banyak juga pelabur yang menyuarakan kebimbangan tentang perkembangan ini.

Link video temu ramah: https://www.youtube.com/watch?v=lK_rYS8L3kI

Gambar dipetik daripada video youtube berikut: https://www.youtube.com/watch?v=O1hCLBTD5RM

_______________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *