Petua Tom Peters Untuk Hadapi Kegawatan

Tom Peters ialah seorang penulis, pakar pengurusan dan pelopor kecemerlangan. Beliau pernah memberikan sedikit petua bagi individu untuk mengharungi situasi krisis, yang dipetik daripada bukunya, The Little Big Things: 163 Ways to Pursue Excellence.

  1. Datang kerja lebih awal, balik kerja lebih lewat dan kerja lebih keras.
  2. Sanggup kerja untuk gaji lebih rendah, walaupun berat hati menerimanya.
  3. Sanggup menerima lebih banyak tugasan atau projek secara sukarela.
  4. Sentiasa cuba bersikap positif dan menampilkan wajah ceria walaupun di dalam hati anda tak gembira.
  5. Sedia untuk melakukan sebaik mungkin dalam kerja dan perniagaan dan bersyukur dengan pendapatan yang ada sekarang.
  6. Membina jaringan secara agresif (networking) dan sentiasa berhubung dengan semua kenalan selain selalu bergaul dengan orang yang lebih muda.
  7. Ringkaskan hidup dan ketepikan segala kemewahan peribadi.
  8. Tingkatkan piawaian kerja ke tahap cemerlang, dan bersikap obsesif untuk memperbaiki kesilapan serta beri perhatian kepada butiran kecil.
  9. Sanggup belajar kemahiran atau ilmu baru dan juga sanggup mengajar orang lain ilmu yang ada.
  10. Ucapkan terima kasih jika capai kejayaan dan bertanggungjawab atas kegagalan, sambil bersikap baik hati dan prihatin terhadap orang lain.
  11. Terima kegagalan dan cuba dan cuba lagi, sambil mengelakkan orang yang bersikap negatif.

Menurut beliau, perwatakan seseorang dinilai berasaskan tindak balasnya dalam suasana sukar. Inilah masanya untuk menguatkan tekad dan cuba mengubah nasib sendiri.

Akhir sekali, selepas melakukan semua di atas, beliau mencadangkan agar kita berdoa!
Nota:
1. Cadangan untuk bergaul dengan orang muda amat relevan kepada mereka yang sudah berusia 40 dan ke atas kerana ada kemungkinan boss kita atau pelanggan orang yang lebih muda. Jika tak nak terima, semakin meningkat usia, semakin sukar untuk sesuaikan diri.
2. Nasihat No.1 relevan walaupun kita bekerja dari rumah
3. Artikel ini diulang siar dan diubahsuai dari blog lama saya berasaskan situasi semasa.

_________________________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *