Syarikat Takaful Catat Prestasi Kukuh Pada Suku Pertama

Dua minggu lepas, Syarikat Takaful telah mengumumkan prestasi yang kukuh pada suku pertama 2020 apabila mencatatkan untung bersih RM101 juta dan pendapatan sesaham (EPS) sebanyak 12 sen. Ini lebih tinggi daripada suku sama tahun sebelumnya.

Satu indikator yang mungkin mencerminkan situasi yang akan dialami dalam tempoh terdekat ialah hasil (revenue) yang merosot sedikit. Bagaimanapun dalam keadaan ekonomi semasa, ia tetap boleh dianggap kukuh.

Bursa Malaysia

Prestasi pada tiga suku tahun seterusnya 2020 mungkin tidaklah sebagus ini.  Tetapi jika syarikat mencatatkan EPS 40 sen sekalipun untuk seluruh tahun semasa, ia boleh dianggap sangat memuaskan.

Harga saham Syarikat Takaful turun naik seiring dengan volatility pasaran semasa, dan pernah jatuh ke paras sehingga RM3.15 sebelum rebound kembali.

Bursa Malaysia

Tetapi pergerakan harga sahamnya memang sesuai dengan prestasi syarikat, bukan seperti banyak juga saham lain yang hangat ‘dimainkan’ oleh traders tetapi kita tidak pasti keputusannya (kerana masih belum diumumkan).

Bagi yang berminat dalam saham ini, mungkin ada lagi peluang untuk membeli pada harga lebih rendah daripada harga semasa sekiranya volatility pasaran saham berterusan.

Satu perkara yang dinyatakan oleh syarikat ialah segmen Takaful berkembang lebih pantas daripada insurans konvensional jadi terdapat potensi pertumbuhan apabila ekonomi kembali kukuh seperti biasa.

Nota:

  1. Ini mungkin bukan saham hangat yang diserbu oleh para pedagang yang main dengan margin (hutang). Jadi jangan mengharapkan untung (atau rugi) luar biasa.
  2. Tulisan ini bukan cadangan atau jemputan untuk membeli atau menjual saham, hanya perkongsian maklumat sahaja.
  3. Penulis mungkin memiliki saham yang dibincangkan dalam posting beliau.

_________________________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *