Bagaimana Malaysia Membiayai Perbelanjaan Menentang Covid-19 dan Memulihkan Ekonomi

Sejak penularan pandemik Covid-19, pelbagai pengumuman dibuat oleh Kerajaan untuk merangsang ekonomi dan membantu rakyat. Persoalannya ialah bagaimana perbelanjaan ini dibiayai atau mampukah Kerajaan membiayainya?

Berasaskan temu ramah dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul pada minggu lepas, berikut adalah beberapa kesimpulan yang boleh dibuat:

  1. Malaysia akan mengalami defisit kira-kira 6%, lebih kurang sama dengan pada masa krisis subprima 2008
  2. Defisit ialah berasaskan harga minyak US$30 setong.
  3. Perbelanjaan dibiayai dengan penerbitan bon kerajaan, iaitu MGS dan MGII.
  4. Ada rancangan menerbitkan Sukuk Prihatin, iaitu bon tanpa faedah yang diterbitkan pada diskaun dan ditebus pada nilai penuh untuk orang ramai dan perniagaan.
  5. Pulangan Sukuk Prihatin lebih rendah daripada MGS tetapi memberi peluang kepada umum menyumbang kepada usaha pemulihan.
  6. Buat masa ini semua terbitan hutang ialah terbitan tempatan dan tiada pengambilan hutang asing dirancang.
  7. Malaysia sudah hampir ke had hutang 55%. Jika perlu had akan dinaikkan buat sementara menerusi Parlimen idealnya untuk 3 tahun.
  8. Defisit perlu dikurangkan kembali mulai tahun hadapan.
  9. Pakej rangsangan Prihatin dijangka menjana 2.8% dan Penjana menyumbang 0.6% kepada KDNK.

Satu perkara penting ialah hutang diterbitkan dalam Ringgit, di dalam negara. Pada pendapat saya ini sesuatu yang positif. Hutang dalam mata wang sendiri tidak perlu dilindung nilai dan dalam keadaan terdesak, bekalan wang boleh ditambah untuk membayar balik hutang tersebut (berasaskan Modern Monetary Theory (MMT)).

Ada pengkritik yang berkata langkah-langkah di atas akan menambah beban hutang dan defisit serta menjejaskan kedudukan fiskal negara. Memang betul tetapi pada pendapat saya ini bukan masanya untuk mengurangkan beban hutang.

Jika kita melaksanakan austerity measures atau langkah penghematan sekarang, kegawatan lebih besar akan melanda yang pasti menjejaskan pemulihan ekonomi.

Apa yang penting ialah negara mula mengurangkan defisit dan hutang apabila ekonomi telah kembali kepada kapasiti penuh.

___________________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *