DKSH Catat Prestasi Kukuh Pada S1 2020

DKSH ialah syarikat pengedar pelbagai produk barangan pengguna, penjagaan kesihatan dan perindustrian serta penyedia perkhidmatan logistik di Malaysia. Berikut adalah antara jenama yang menjadi pelanggannya:

Laporan Penyelidikan CGS-CIMB

Syarikat ini ialah antara segelintir syarikat yang mencatatkan prestasi memuaskan pada S1 2020 dengan pendapatan sesaham (EPS) 6.41 sen, lebih baik daripada suku sama tahun 2019.

Bursa Malaysia

Prestasi syarikat tidak begitu terjejas semasa PKP kerana kebanyakan produk yang diedarkan ialah produk keperluan asas.

Hanya rangkaian Famous Amos yang dimilikinya dijangka terkesan dengan ketara akibat PKP pada suku kedua ini.

Keputusan syarikat disokong oleh pembelian syarikat Auric Pacific, yang telah meningkatkan keuntungannya.

Cuma DKSH telah menambah hutang sebanyak RM500 juta untuk membiayai pembelian tersebut. Tetapi ini tidak menimbulkan masalah selagi syarikat mencatatkan keuntungan dan aliran tunai yang memuaskan.

Harga saham syarikat pula telah turun daripada paras lebih RM6.00 lebih kurang empat tahun lepas kepada lebih kurang antara RM2.50 – RM2.60 sekarang.

Bursa Malaysia

Jika syarikat boleh mengekalkan tahap keuntungan semasa untuk sepanjang tahun, terdapat kemungkinan besar prestasi yang lebih baik lagi boleh dicapai pada tahun depan.

Memandangkan volatility pasaran yang dijangkakan buat beberapa bulan lagi, mungkin terdapat peluang untuk membeli saham ini pada harga lebih murah daripada harga semasa.

Malah harga sekarang pun tidak mahal dari segi penilaian, kerana saham diperdagangkan pada PE (nisbah harga pendapatan) lebih kurang 10 bagi keuntungan yang dijangkakan pada tahun ini.

Dalam laporan penyelidikan yang diterbitkan, CIMB menentapkan harga sasaran RM4.00 bagi saham ini manakala Public Investment menetapkan sasaran RM2.65.

Laporan tersebut boleh didapati di Bursa Market Place.

Nota:

  1. Tulisan ini bukan cadangan membeli atau menjual saham dan merupakan perkongsian maklumat sahaja.
  2. Penulis mungkin memiliki saham yang dipaparkan dalam artikelnya.

__________________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *