Data Ekonomi Terbaharu Malaysia Daripada Jabatan Perangkaan

Data ekonomi terbaharu Malaysia jelas menunjukkan bahawa Malaysia, seperti hampir semua negara di dunia, sedang mengalami kemelesetan ketara akibat krisis Covid-19.

Berikut adalah data terkini yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia. Semua carta yang dipaparkan adalah terbitan Jabatan Perangkaan.

Kadar pengangguran pada bulan April telah meningkat naik kepada 5%.  Diharapkan angka ini akan stabil pada bulan Mei dan Jun dan kembali turun pada suku keempat tahun ini.

 

Sementara itu, indeks harga pengguna pada bulan pada bulan Mei 2020 merosot 2.9%, walaupun indeks teras yang mengecualikan bahan volatile seperit harga bahan api masih lagi positif.

Jika kita selalu bimbang tentang inflasi yang tinggi, kadar yang negatif juga kurang baik bagi ekonomi.

Imbangan perdagangan Malaysia telah kembali positif manakala akaun semasa pula terus kekal positif.

Namun begitu, imbangan dagangan positif bukan kerana kekuatan angka eksport. Sebenarnya eksport merosot lebih 25.5%, tetapi ia positif kerana import jatuh lebih teruk sebanyak 30.4%.  Ini menandakan aktiviti ekonomi yang menguncup dengan ketara

 

Akhir sekali ialah ukuran leading indicator atau indeks pelopor yang bertujuan memberikan petunjuk awal tentang hala tuju dan turning points ekonomi Malaysia.  Indeks ini sudah mula negatif pada bulan Mac dan mencatatkan kemerosotan -5.5% pada bulan April.

 

Berita buruknya ialah kita berada dalam kegawatan yang amat serius. Berita baiknya ialah bila sesuatu sudah sampai ke dasar, pergerakan seterusnya ialah ke atas.

Masih banyak cabaran dan risiko yang perlu dihadapi, tetapi pada pendapat saya, kita akan mula pulih dari segi ekonomi secara perlahan-lahan pada suku keempat tahun ini.

__________________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *