Abaikan Ragam Mr Market, Sebaliknya Fokus Pada Saham Individu

Walaupun saya selalu menulis tentang perkembangan makroekonomi dan indeks pasaran secara keseluruhan, pelabur perlu ingat bahawa yang mereka beli ialah saham individu, bukannya ekonomi Malaysia atau seluruh pasaran (melainkan anda membeli dana indeks pasif atau ETF yang melabur dalam indeks).
Jadi tak kiralah Mr Market naik atau turun atau meragam dengan kejap naik atau turun atau system down seperti semalam, peluang untung sentiasa ada, risiko rugi pun sentiasa ada. Terdapat bermacam-macam situasi saham di pasaran sekarang termasuk:
  1. Syarikat dengan keuntungan meningkat semasa Covid tetapi harga saham sudah naik ke awangan dan masih berpotensi naik lagi. Cuma perlu difikirkan apa akan jadi jika situasi virus mula reda di peringkat global, walaupun belum nampak pada masa ini
  2. Syarikat dengan prestasi lemah tapi harga sahamnya masih tinggi sebab popular atau dulunya kukuh.
  3. Syarikat yang mencatatkan untung biasa-biasa sahaja memandangkan situasi semasa tetapi harga saham telah jatuh akibat krisis. Bagaimanapun prestasi mungkin pulih dalam tempoh terdekat.
  4. Syarikat yang mencatatkan kerugian yang memang dijangka semasa krisis dan harga saham telah jatuh tapi prestasi bakal pulih apabila suasana perniagaan rancak kembali
  5. Syarikat yang rugi besar dan harga telah jatuh, tapi harganya masih belum mencerminkan tahap ketenatan syarikat.
Jadi ada pelbagai peluang, risiko dan perangkap yang wujud di pasaran.  Menurut pelabur tersohor Ben Graham, “Dalam jangka pendek, harga saham dipengaruhi oleh populariti, tetapi dalam jangka panjang harga saham akan dinilai berasaskan pertimbangan wajar.”
Sumber: AZ QUOTES
Orang putih kata no risk no reward. Tapi diharapkan pelabur sentiasa berwaspada dan melabur dan mengambil risiko dengan maklum dan bijak.

_________________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *