Day: July 28, 2020

Tanda Pemulihan Ekonomi Mula Dilihat Tetapi Risiko Masih Tinggi

Pada setiap hujung minggu bulan Julai, saya sempat meninjau keadaan di beberapa tempat termasuk tempat tumpuan ramai dan pusat perniagaan di Muar, Pantai Remis (Selangor), KL dan PJ. Rata-rata perniagaan sudah mula rancak kembali, walaupun masih agak jauh daripada sebelum Covid-19. Data ekonomi terbaharu Malaysia juga menunjukkan tanda-tanda kecil pemulihan.