Month: August 2020

Parlimen Naikkan Had Hutang Malaysia Kepada 60%

Untuk membiayai rangsangan ekonomi dan perbelanjaan yang ditanggung akibat Covid-19, Parlimen Malaysia telah menaikkan had hutang negara kepada 60% daripada KDNK pada Isnin lepas. Suka atau tidak, kenaikan ini perlu dibuat pada masa ini untuk menyokong ekonomi dan mengurangkan kesan pandemik terhadap rakyat dan perniagaan. Walaupun dikatakan langkah sementara, tetapi

Indeks Pelopor Bulan Jun Meningkat 4.5%

Menurut Jabatan Perangkaan, Indeks Pelopor Malaysia meningkat 4.5% (lihat grafik) pada bulan Jun secara tahunan dan naik 3.7% secara bulanan berbanding bulan Mei lepas. Indeks Pelopor atau Leading Indicator ialah indeks yang mengukur hala tuju ekonomi Malaysia pada masa depan, dan ia jelas meramalkan pemulihan ekonomi pada separuh kedua, sekiranya

Kadar Pengangguran Malaysia Turun Kepada 4.9%

Mungkin ada sesetengah pihak yang terkejut melihat kadar pengangguran Malaysia turun kepada 4.9% pada bulan Jun, berbanding 5.3% pada bulan Mei. Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) meramalkan kadar akan mencapai sehingga 12% menjelang akhir tahun. Manakala ada pihak lain yang meramalkan mungkin mencecah 6%. Jabatan Perangkaan Malaysia Bagi saya kadar pengangguran

Ekonomi Malaysia Catat Penyusutan Rekod 17.1% Pada Q2; Tanda Pemulihan Dilihat Pada Bulan Jun

BNM dan Jabatan Perangkaan hari ini mengumumkan ekonomi Malaysia menyusut 17.1% pada suku kedua (Q2 2020) berbanding suku yang sama tahun lepas (Q2 2019) dan mengalami kemerosotan 16.5% berbanding suku tahun sebelumnya (Q1 2020). Perkara ini tidak menghairankan kerana berasaskan pemerhatian saya, Malaysia mengenakan lockdown antara yang paling ketat dan

Mengapa Beli Syarikat Muflis atau Lebih Banyak Hutang Daripada Aset?

Pada artikel lepas saya menyentuh tentang AirAsia X yang jumlah liabilitinya kini lebih tinggi daripada aset. Tetapi jika kita lihat di pasaran, saham ini masih boleh naik dan masih ada pembeli. Di Amerika juga fenomena sama berlaku, malah lebih ketara lagi. Sebuah syarikat sewa kereta terkenal, Hertz, telah mengumumkan ia