Mengapa Beli Syarikat Muflis atau Lebih Banyak Hutang Daripada Aset?

Pada artikel lepas saya menyentuh tentang AirAsia X yang jumlah liabilitinya kini lebih tinggi daripada aset. Tetapi jika kita lihat di pasaran, saham ini masih boleh naik dan masih ada pembeli.

Di Amerika juga fenomena sama berlaku, malah lebih ketara lagi. Sebuah syarikat sewa kereta terkenal, Hertz, telah mengumumkan ia muflis (untuk mendapatkan perlindungan daripada pemiutang), tetapi kemudian sahamnya naik mencanak buat sementara sebelum turun kembali ke bumi.

Ada beberapa sebab keadaan ini berlaku. Mungkin pelabur:

  1. Meramalkan akan ada penyusunan semula dan suntikan modal daripada pemegang saham utama
  2. Mengharapkan nilai jenama dan hak operasi lain (yang merupakan aset tak ketara dan mungkin tidak termasuk dalam lembaran imbangan) lebih tinggi daripada nilai liabiliti
  3. Mengharapkan pemiutang menerima ‘haircut’, iaitu menerima hanya peratus tertentu daripada hutang untuk membolehkan syarikat survive. Jika tidak pemiutang rugi 100%.
  4. Mengharapkan akan ada bailout (bantuan) daripada kerajaan atau pengambilalihan daripada syarikat lain.
  5. Mahu berdagang dalam jangka pendek dan meramalkan akan ada rebound dahulu sebelum syarikat dinyahsenarai atau mengalami capital reduction (pengurangan modal)
  6. Tak membuat keputusan maklum kerana tak kisah tentang akaun syarikat.

Jika kita ambil AirAsia X sebagai contoh, kadangkala ‘gamble’ ini berpotensi membawa pulangan besar kerana sebarang berita positif (seperti penerbangan antarabangsa disambung semula) boleh menggerakkan saham buat sementara (walaupun jika keputusan akhirnya tidak berubah).

Dari tempoh selepas keputusan suku pertama diumumkan, sehingga hari ini, saham naik 1.5 sen daripada paras rendah 5 sen, memberikan pulangan 30%!

Jadi kenaikan dari 5 sen kepada 10 sen (100%) tidak begitu susah jika ada berita positif, walaupun superficial dan buat sementara sahaja. Malah, jika ada penyelesaian jangka panjang, saham boleh naik lagi tinggi.

Tetapi risikonya ialah saham juga boleh jatuh dari 5 sen kepada sifar.

______________________________

Online Course dan E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

 

 

 

 

 

Unit Amanah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Membina Aset Kejayaan

 

 

 

 

 

 

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *