Kadar Pengangguran Malaysia Turun Kepada 4.9%

Mungkin ada sesetengah pihak yang terkejut melihat kadar pengangguran Malaysia turun kepada 4.9% pada bulan Jun, berbanding 5.3% pada bulan Mei. Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) meramalkan kadar akan mencapai sehingga 12% menjelang akhir tahun. Manakala ada pihak lain yang meramalkan mungkin mencecah 6%.

Jabatan Perangkaan Malaysia

Bagi saya kadar pengangguran lebih rendah ini tidak mengejutkan dan adalah sedikit positif bagi ekonomi tetapi masih banyak cabaran yang perlu dihadapi. Berikut adalah beberapa pemerhatian:

  1. Pada masa MEF buat unjuran tersebut, mereka sedang melobi Kerajaan dan Bank untuk melanjutkan moratorium hutang.
  2. Menurut BNM ‘the worst is over’ bagi ekonomi. Saya setuju, tetapi masih banyak cabaran,
  3. Walaupun sudah mula turun, ia masih jauh lebih tinggi daripada 3% yang boleh dikatakan lazim di Malaysia
  4. Kadar pengangguran tidak mencerminkan pendapatan. Orang yang dibuang kerja mungkin dapat kerja dalam gig ekonomi dengan pendapatan lebih rendah.
  5. Kerja kosong dan peluang jana pendapatan ada, tetapi pekerjaan pada gaji lebih rendah

Menurut Jabatan Perangkaan

“Bekerja merujuk kepada semua orang yang bekerja sekurang-kurangnya sejam semasa minggu rujukan untuk mendapatkan upah, keuntungan atau keuntungan keluarga (sebagai majikan, pekerja, bekerja sendiri atau pekerja keluarga tanpa gaji)”

Kita dapat lihat definisi kerja adalah agak longgar dan amat mudah untuk diambil kira sebagai bekerja atau tidak menganggur.

Jadi masalah utama yang kita hadapi bukan kadar pengangguran tetapi pendapatan rakyat yang lebih rendah. Oleh yang demikian segala usaha untuk merangsang ekonomi perlu ditumpukan kepada mengembalikan pendapatan rakyat dan keuntungan syarikat ke paras sebelum Covid-19.

_________________________________

Online Course dan E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

 

 

 

 

 

Unit Amanah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Membina Aset Kejayaan

 

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *