Indeks Pelopor Bulan Jun Meningkat 4.5%

Menurut Jabatan Perangkaan, Indeks Pelopor Malaysia meningkat 4.5% (lihat grafik) pada bulan Jun secara tahunan dan naik 3.7% secara bulanan berbanding bulan Mei lepas.

Indeks Pelopor atau Leading Indicator ialah indeks yang mengukur hala tuju ekonomi Malaysia pada masa depan, dan ia jelas meramalkan pemulihan ekonomi pada separuh kedua, sekiranya tiada gelombang kedua Covid-19 yang serius berlaku.

Berbeza daripada ukuran KDNK dan beberapa indikator lain yang merupakan lagging indicator (lewat), komponen indeks ini dirangka untuk meramalkan keadaan ekonomi masa depan, dan bukannya apa yang sudah berlaku pada masa lepas.

Antara komponen indeks yang menyumbang kepada prestasi positif ialah Bilangan Syarikat Baharu Berdaftar dan Import Sebenar Barangan Logam dan Bukan Ferus Lain.

Jelas bahawa ada tanda-tanda pemulihan awal mula dilihat walaupun kebanyakan lagging indicator seperti KDNK dan keputusan suku tahunan syarikat ternyata negatif kerana melaporkan apa yang berlaku semasa PKP.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Nota: Penerangan lanjut tentang lagging indicator juga boleh didapati dalam Kursus Online Memahami Petunjuk dan Kitaran Ekonomi Untuk Menjana Pulangan dan Mengurangkan Risiko Kerugian.

____________________

Online Course dan E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

 

 

 

 

 

Unit Amanah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *