Parlimen Naikkan Had Hutang Malaysia Kepada 60%

Untuk membiayai rangsangan ekonomi dan perbelanjaan yang ditanggung akibat Covid-19, Parlimen Malaysia telah menaikkan had hutang negara kepada 60% daripada KDNK pada Isnin lepas. Suka atau tidak, kenaikan ini perlu dibuat pada masa ini untuk menyokong ekonomi dan mengurangkan kesan pandemik terhadap rakyat dan perniagaan.

Walaupun dikatakan langkah sementara, tetapi usaha mengurangkan hutang pada masa depan bukan mudah, lebih-lebih lagi kerana kerajaan akan mendapati sukar mengurangkan perbelanjaan. Sebarang langkah pengehematan adalah kurang popular, tidak kira kerajaan mana yang memerintah.

Apa pun, rasional yang diberikan oleh BNM ialah tiada gunanya membiarkan ekonomi tergugat teruk semata-mata untuk mengekalkan hutang di bawah had 55%. Menurut BNM ini adalah langkah sementara. Diharapkan mereka akan berpegang pada pendirian ini.

Hutang Malaysia pernah mencecah 80.7% daripada KDNK pada tahun 1990 dan kemudian dikurangkan kepada kira-kira 31.8% pada 1997, sebelum naik kembali selepas itu.

Kali terakhir had hutang dinaikkan ialah pada krisis subprima 2008/2009 di mana had hutang telah dinaikkan kepada 55% (dan tak diturunkan kembali).

Secara peribadi, saya setuju dengan langkah diambil, selagi ia sementara sahaja. Kadar hutang 60% daripada KDNK bukan paras yang berbahaya, kerana ada negara maju yang mempunyai kadar hutang yang lebih tinggi daripada itu.

Lagipun hutang Malaysia sebahagian besarnya dalam Ringgit Malaysia dan bukannya mata wang asing. Tetapi diharapkan ia tidak dinaikkan lagi selepas ini dan hutang dapat diturunkan pada masa depan.

____________________

Online Course dan E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

 

 

 

 

 

Unit Amanah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *