InNature Pertahankan Untung Dalam Suasana Runcit Mencabar

Sektor peruncitan fizikal mengalami kemelesetan lebih 30% pada suku kedua 2020 akibat PKP bagi menghadapi Covid-19, tetapi satu syarikat yang telah berjaya mempertahankan keuntungan ialah InNature, pemilik francais Natura dan Body Shop bagi Malaysia, Vietnam dan Kemboja.

Dengan 108 gedung runcit yang tidak dapat beroperasi di Malaysia dan Vietnam sepanjang PKP di negara masing-masing, syarikat menjana hasil lebih rendah, tetapi berjaya mempertahakan untung pada suku kedua, dengan mencatatkan RM3.1 juta, atau 0.44 sen sesaham.

InNature baru disenaraikan tahun ini pada harga 64 sen tetapi harga menjunam selepas itu ekoran penularan pandemik Covid-19.  Harga saham sepanjang tempooh seminggu dua lepas ialah antara 40 Р45 sen.

Sumber: Bursa Malaysia

Lembaran Imbangan syarikat adalah amat kukuh dan mencatatkan aliran tunai positif RM9.2 juta pada separuh pertama 2020. Syarikat ini mempunyai nilai aset semasa bersih (modal kerja) RM47.0 juta dan baki tunai dan kesetaraan tunai sebanyak RM36.8 juta.

Satu daripada faktor positif daripada penutupan kedai sewaktu PKP ialah syarikat  telah membina saluran jualan dalam talian dan saluran sosial, yang walaupun masih kecil tetapi semakin berkembang.

Harga semasa nampak setimpal dengan keuntungan kecil yang dijana, tetapi jika selepas ini syarikat kembali kepada untung pada 2019, terdapat potensi kenaikan harga saham.

Nota:

  1. Tulisan ini bukan cadangan membeli atau menjual saham dan merupakan perkongsian maklumat sahaja.
  2. Penulis mungkin memiliki saham yang dipaparkan dalam artikelnya.
  3. Kunjungi laman Bursa Malaysia atau Bursa Market Place untuk data lebih menyeluruh tentang syarikat.

__________________

Online Course dan E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

 

 

 

 

 

Unit Amanah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *