Pasaran Dua Darjat, Berapa Lama Ia Akan Berterusan?

Pandemik Covid-19 telah menimbulkan pasaran dua darjat di mana segelintir syarikat mendapat manfaat amat besar (atau supernormal profits) manakala banyak syarikat lain mengalami masalah besar (cth syarikat penerbangan, pelancongan, minyak & gas dll).

Daripada syarikat teknologi dan berkaitan penjagaan kesihatan di Amerika, kepada syarikat sarung tangan di Malaysia, inilah kumpulan syarikat yang telah mendapat untung lumayan, sehingga mencipta billionnaire baharu dalam kalangan pemiliknya.

Sebab itulah di tengah-tengah kemelesetan ekonomi paling teruk yang dihadapi dunia dan juga Malaysia, pasaran saham melonjak kembali sehingga mencecah paras sebelum Covid-19 dengan begitu pantas, di Amerika dan juga Malaysia.

FBM KLCI: Laman web Bursa Malaysia

Memang ada sebab lain, seperti dasar wang yang longgar, kadar faedah rendah (sifar di banyak negara maju) dan juga kewujudan ramai traders baharu dan lama yang membuka akaun atau kembali aktif semasa PKP di seluruh dunia kerana bosan terperap di dalam rumah.

Tetapi berapa lama pasaran dua darjat ini akan berterusan?  Pause atau kejatuhan kecil sepanjang bulan lepas dalam indeks pasaran dan juga saham-saham hangat ini di AS dan di Malaysia mungkin menunjukkan tanda awal ramai pelabur sudah mula meramalkan situasi akan berubah.

Dalam tempoh tiga hingga enam bulan, mungkin keadaan global tetap sama, malah satu lagi spike global dalam koronavirus mungkin berlaku pada musim sejuk.

Tetapi mulai suku kedua tahun 2021, berasaskan tingkah laku pasaran, sesetengah pelabur berpendapat vaksin akan mula diberikan secara lebih meluas, menyebabkan dunia akan beransur-ansur kembali kepada normal menjelang akhir 2021.

Vaksin itu tidak perlu berkesan secara berpanjangan. Keberkesanan enam bulan sehingga satu tahun sudah cukup untuk membolehkan perjalanan antarabangsa disambung hampir seperti biasa, walaupun akan mengambil masa beberapa tahun untuk kembali kepada zaman pra-Covid.

Maka dalam enam bulan lagi, saham yang akan memacu pemulihan ekonomi global mungkin berbeza daripada saham yang mendorong kenaikan pasaran di tengah-tengah Covid-19.

Mungkin sekarang sudah tiba masanya untuk mula memberi perhatian kepada saham-saham yang boleh memanfaatkan pergerakan manusia yang lebih bebas,

__________________

Online Course dan E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

 

 

 

 

 

Unit Amanah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *