Perdebatan Tentang Nilai Saham Syarikat Sarung Tangan

Terdapat perdebatan menarik tentang nilai saham syarikat-syarikat sarung tangan Malaysia yang telah melonjak naik seiring dengan keuntungan luar biasa yang dicatatkan.  Di satu pihak ialah penganalisis yang berkata syarikat patut dinilai berasaskan normal profits selepas pandemik dan bukannya berasaskan supernormal profits (untung luar biasa).

Di pihak lain pula ialah pengurusan syarikat-syarikat dan juga penganalisis lain yang menyatakan bahawa dunia akan berubah walaupun selepas vaksin Covid-19 ditemui dan kesedaran tentang kebersihan akan terus memacu permintaan dan penggunaan tinggi sarung tangan.

Berasaskan pandangan kedua ini dan juga permintaan semasa yang jauh lebih tinggi daripada penawaran, syarikat-syarikat sarung tangan sedang melaksanakan peluasan kapasiti  dengan membuat perbelanjaan modal besar, dan juga membeli balik saham syarikat di pasaran, selepas kejatuhan harga  yang berlaku beberapa minggu lepas.

Pandangan berbeza ini adalah berasaskan worldview yang bercanggah tentang apa yang berlaku selepas vaskin ditemui. Pada pendapat saya:

  1. Jika permintaan dan untung terus meningkat seperti andaian pihak pengurusan, harga semasa adalah undervalued.
  2. Jika permintaan dan untung mendatar dalam tempoh dua tiga tahun, harga semasa adalah wajar.
  3. Jika untung jatuh kepada antara tahap semasa dan tahap sebelum Covid, harga saham adalah wajar atau sedikit overvalued, bergantung kepada tahap untung.
  4. Akhirnya jika untung kembali kepada zaman sebelum pandemik, harga semasa adalah overvalued.

Jadi agak sukar untuk meramalkan apakah situasi dunia pada masa depan, tetapi memang tidak dinafikan bahawa berasaskan situasi semasa untung lumayan ini kemungkinan besar atau hampir pasti dapat dikekalkan pada tahun depan (2021). Perkara yang menjadi perdebatan ialah tempoh selepas itu.

Pandangan mana yang betul? Biasanya supernormal profits tidak berkekalan dalam jangka panjang kerana apabila berlaku untung luar biasa, kapasiti akan ditambah dan syarikat baharu akan masuk ke pasaran, lantas meningkatkan penawaran.

Pada satu masa apabila harga minyak di sekitar USD100, tak ramai yang meramalkan harga akan jatuh sehingga ke paras sekarang. Begitu juga harga minyak sawit, dan juga kehangatan pasaran hartanah.

Tetapi Covid-19 ialah situasi luar biasa. Jadi kita tunggu dan lihat sama ada ia akan mengubah konsep supernormal profit di mana syarikat-syarikat dalam sesuatu industri boleh terus menerus mencatat untung luar biasa untuk jangka panjang.

Nota: Satu lagi perkara menarik ialah anda tidak akan dapat terlalu banyak manfaat mentelaah annual report tahun-tahun lepas dan prestasi kewangan lalu apabila menilai keadaan spesifik ini. Situasi dunia telah berubah sama sekali. Siapa yang menang ialah mereka yang boleh meramalkan demand dan supply untuk tahun-tahun akan datang.

___________________

Online Course dan E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

 

 

 

 

 

Unit Amanah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *