Pemulihan Ekonomi Mungkin Mendatar Atau Terjejas Sedikit Pada Suku Keempat 2020

Walaupun perangkaan ekonomi terbaharu menunjukkan bahawa pemulihan sedang berlaku, namun penularan terkini Covid-19, tamatnya tempoh moratorium, serta kadar pengangguran Ogos menunjukkan bahawa kita akan mengalami situasi mendatar atau penyusutan kecil pada suku keempat, bergantung kepada berapa lama dan meluas PKPB dilaksanakan.

Berikut adalah data ekonomi terkini daripada Jabatan Perangkaan (semua carta daripada Jabatan Perangkaan):

1.  Kadar Pengangguran bulan Ogos ialah 4.7% – Angka ini sama seperti bulan Julai, menunjukkan situasi pada mulanya bertambah pulih tetapi kini sudah mula mendatar

2.  Indeks harga pengguna atau CPI pada -1.4% – Kita masih berada dalam situasi deflationary, yang kurang baik bagi ekonomi.

3.  Indeks pengeluaran perindustrian catatkan pertumbuhan 0.3% – Bacaan tersebut boleh dianggap positif.

4. Imbangan Dagangan meningkat 19.7% – Ini hanya bagus dari satu sudut kerana kerana imbangan dagangan amat positif ini hanya berlaku kerana kemerostan import 6.5% adalah lebih tinggi daripada penyusutan eksport 2.9%. Pendek kata jumlah dagangan keseluruhan merosot dengan ketara.

5. Manakala leading indicator atau indeks pelopor pada bulan Julai meningkat 7.7%, yang jelas menunjukkan kita dalam fasa pemulihan, tetapi saya ramalkan indeks ini akan mula mendatar untuk tempoh dua tiga bulan akan datang kerana situasi semasa.

Satu perkara positif  di tengah-tengah kemelut kesihatan dan politik yang kita hadapi sekarang ialah PKPB tidak melibatkan penutupan kebanyakan perniagaan dan masih terhad kepada Lembah Klang, Sabah dan satu dua tempat lain.

Ini bermakna kawalan pergerakan tidaklah seketat lockdown pada bulan Mac dan April yang mengakibatkan kemelesetan ekonomi ketara.

Apa yang boleh kita ramalkan ialah data ekonomi yang lebih kurang sama pada bulan Mei dan Jun. Pada bulan-bulan tersebut itu, keadaan ekonomi tidak terjejas teruk.

Bagaimanapun ekonomi tetap akan mengalami sedikit kesan kerana pergerakan manusia terbatas masih akan menggugat sektor tertentu seperti peruncitan, pelancongan, perhotelan, riadah dan hiburan.

Diharapkan gelombang virus kali ini merupakan gelombang virus terakhir dengan kehadiran vaksin pada awal tahun depan dan dapat ditampung dengan segera supaya pemulihan ekonomi boleh diteruskan pada suku pertama 2020.

Semoga pihak-pihak yang telah memainkan peranan menimbulkan situasi yang semakin runcing pada waktu ini sedar kesan yang timbul kepada kesihatan dan ekonomi negara dan juga kepada pendapatan dan survival ramai orang.

Sebarang perbalahan dan ketidaksetujuan, lompat-melompat dan tikam-menikam politik hanya patut disambung semula apabila Covid-19 sudah tunduk dan terkawal.

______________________________

Online Course dan E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

 

 

 

 

 

Unit Amanah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Membina Aset Kejayaan

 

 

 

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *