Gelombang Terbaharu Virus Jejaskan Ekonomi Global Pada S4 2020

Bukan sahaja Malaysia yang berdepan dengan gelombang baharu virus, tetapi Eropah dan AS juga mengalami masalah yang sama, malah lebih besar lagi. Kadar kematian di AS hari ini telah kembali melebihi 1,000 orang. Walaupun ini mungkin boleh dianggap sebagai final attack virus, tetapi ia berpotensi menimbulkan kesan ekonomi yang ketara kerana beberapa sebab:

  1. Kesan gelombang awal telah diringankan oleh rangsangan kewangan dan fiskal luar biasa di seluruh dunia. Mampukah kerajaan di serata dunia membiayai rangsangan selanjutnya?
  2. Sebahagian besar kesan steroid rangsangan telah mula lenyap, jadi sepatutnya suku keempat ekonomi kembali berdiri di atas kaki sendiri tetapi sekarang lebih banyak rangsangan diperlukan
  3. Sebarang suntikan tambahan akan meningkatkan lagi hutang negara-negara dunia yang memang sudah tinggi
  4. Banyak perniagaan terumbang-ambing dan baru nak mula pulih, sebarang lockdown tambahan boleh menjejaskan atau menamatkan operasi lebih banyak syarikat.

Pendek kata sejauh mana ekonomi negara maju dan Malaysia terjejas bergantung kepada berapa ketat dan berapa lama sekatan pergerakan dikenakan. Lebih ketat kawalan, lebih banyak perniagaan yang terjejas dan lebih tinggi kadar pengangguran atau lebih ramai orang yang tergugat pendapatan mereka.

Tetapi dalam jangka lebih panjang terdapat sinar positif bagi ekonomi global:

  1. Vaksin semakin hampir menjadi kenyataan. Vaksin yang tidak 100% berkesan dan tahan hanya 6 bulan sekalipun boleh membantu, kerana boleh menghidupkan kembali beberapa industri seperti pelancongan dan perhotelan
  2. Ekonomi China nampaknya sudah berkembang pesat dan ini berita baik bagi rakan dagangan penting seperti Malaysia
  3. Negara-negara maju dan juga Malaysia diramalkan akan tetap meneruskan rangsangan walaupun meningkatkan beban hutang berasaskan andaian dan ‘harapan’ ekonomi mampu berdiri sendiri selepas vaksin diperolehi.

Bagaimanapun, jika kesan gelombang virus begitu teruk, lebih banyak syarikat yang mungkin terpaksa gulung tikar kerana tidak sempat untuk memanfaatkan pemulihan.

Dalam suasana sebegini, pasti akan ada saham yang terjejas kerana PKP yang lebih ketat, manakala saham yang memang sudah terbang tinggi dalam suasana virus akan dapat mengekalkan kedudukannya.

Tetapi saham yang terkesan sekarang mungkin saham sama yang akan mendapat manfaat sekiranya pergerakan beransur-ansur pulih seperti biasa apabila dan jika situasi Covid-19 makin reda mulai suku kedua tahun depan.

Walau apa pun, kalau anda sedang mengintai peluang dalam tempoh sebulan dua ini, pilih saham dengan balance sheet kukuh dan antara terbaik dalam industri kerana bukan semua yang dapat survive.

______________________________

Online Course dan E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

 

 

 

 

 

Unit Amanah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *