Data Ekonomi Terkini: Pemulihan Kukuh Tetapi Momentum Dikekang Oleh Gelombang 3 Covid-19 Pada Suku Ke-4 2020

Data ekonomi terbaharu Malaysia menunjukkan pemulihan sedang berlaku tetapi mungkin tertangguh buat sementara pada suku keempat 2020, sebelum diteruskan pada suku pertama 2021.

Berikut adalah perkembangan dan data terkini:

  1. MIER meramalkan penyusutan ekonomi Malaysia untuk seluruh tahun pada paras -5.5%
  2. Indeks harga pengguna masih negatif, iaitu -1.4%, tetapi indeks teras yang mengecualikan barangan volatile naik 1.0%
  3. Indeks pelopor atau leading indicator Ogos, yang meramalkan aktiviti ekonomi masa depan kekal pada 7.6% pada bulan Ogos.
  4. Eksport meningkat 13.6% dan import menyusut 3.6% pada bulan September, menghasilkan imbangan dagangan positif RM22 bilion.
  5. Jumlah dagangan luar juga meningkat 5.5%
  6. SOCSO meramalkan mungkin lebih 100,000 orang kehilangan kerja tahun ini (tetapi angka ini tidak mengambil kira bilangan orang kehilangan kerja yang telah kembali bekerja)
  7. MIER dan beberapa pakar ekonomi mengunjurkan bahawa jika darurat dilaksanakan tempoh hari, ekonomi akan menjunam dan melengahkan pemulihan pada tahun depan.

Selagi kita dapat mengawal penularan virus pada suku tahun ini tanpa mengenakan tindakan yang lebih ketat atau membuat keputusan politik tidak tepat, kita akan menyaksikan pemulihan ekonomi sederhana pada tahun depan, walaupun belum mencapai sepenuhnya paras pra-Covid-19.

DI bawah ialah infografik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

______________________________

Online Course dan E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

 

 

 

 

 

Unit Amanah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *