Kesan Belanjawan 2021 Terhadap Kewangan Individu

Peruntukan berbilion RM di sini sana mungkin tidak begitu relevan kepada individu seperti anda dan saya. Untuk kemudahan pembaca, saya senaraikan kesan Belanjawan 2021 terhadap kewangan individu mengikut kategori yang berkenaan. Ulasan ringkas mengenai belanjawan, serta defisit dan hutang yang perlu ditambah untuk membiayainya saya buat di hujung artikel.

Bantuan Prihatin Rakyat

1. Isi rumah,
– pendapatan di bawah RM2.500 – RM1,200 untuk 0-1 anak;  RM1,800 untuk 2 atau lebih anak
– pendapatan RM2,501 – RM4,000 – RM800 untuk 0-1 anak;  RM1,200 untuk 2 atau lebih anak
– pendapatan RM4,001 – RM5,000 – RM500 untuk 0-1 anak;  RM750 untuk 2 atau lebih anak

2. Bujang
– Pendapatan bawah RM2,500, usia 21 ke atas – RM350

3. Geran Khas Prihatin RM1,000 kepada peniaga, pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa dan pemandu pelancong di Sabah

4. Lanjutan moratorium hutang kepada penerima BPR dan BSH yang mempunyai hutang sehingga RM150,000. Penangguhan 3 bulan atau bayar separuh 6 bulan

KWSP dan PERKESO

1.  Sumbangan minimum pekerja diturunkan daripada 11% kepada 9% untuk tambah pendapatan boleh guna

2.  Pengeluaran RM500 daripada Akaun 1 selama setahun. (Secara bersasar – untuk mereka yang hilang kerja)

3. Pengeluaran Dana Akaun 2 untuk beli insurans/takaful hayat dan penyakit kritikal untuk diri sendiri dan keluarga

4. Elaun PERKESO bagi rakyat Malaysia yang mencari kerja selepas hilang kerja dilanjutkan ke 9 bulan. Elaun 80% daripada gaji terakhir bulan 1, 50% pada bulan 2 – 6 dan 30% untuk 3 bulan terakhir

Cukai

1.  Pengurangan cukai 1% bagi julat pendapatan antara RM50,001 hingga RM70,000

2.  Potongan cukai gaya hidup, termasuk langganan e-akhbar naik daripada RM2,500 kepada RM3,000

3.  Potongan bagi vaksin Covid-19, influenza, pneumokokus – sehingga RM1,000

4.  Potongan belanja penyakit serius ditambah daripada RM6,000 kepada RM8,000

5.  Potongan suami/isteri kurang upaya ditambah kepada RM5,000

6.  Manfaat jagaan rawatan ibu bapa ditambah kepada RM8,000

7.  Potongan simpanan SSPN hingga RM8,000 sehingga tahun taksiran 2022

8.  Potongan pemeriksaan perubatan penuh ditambah kepada RM800

9.  Pendapatan dikecualikan bagi mereka yang hilang kerja akibat pandemik Covid-19 ditambah kepada RM20,000

Hartanah

1.  Duti setem bagi dokumen jual beli dan pinjaman dikecualikan cukai sehingga 31 Disember 2020 bagi pembelian rumah pertama sehingga RM500,000

2.  Sudah diumumkan sebelum belanjawan ialah RPGT sifar bagi penjualan rumah sehingga 31 Dis 2021

Penjawat Awam

1. Bantuan Khas Kewangan RM600 diberikan kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah dan Bantuan Khas Kewangan RM300 kepada pesara kerajaan

2.  Frontliner perubatan terima bayaran sekali RM500 selain elaun khas Covid-19 sebanyak RM600

Insentif Pekerja Lain

1.  Elaun nelayan ditambah daripada RM250 kepada RM300 sebulan.

2.  Bayaran sekali RM500 kepada imam, bilal, tok siak, noja, merbot, guru takmir dan guru KAFA

3.  Elaun guru takmir ditambah kepada RM900 sebulan

Belia

1. Belia berusia antara 18 – 20 tahun terima nilai RM50 sekali dalam e-dompet

2. BSN rancang skim pinjaman untuk beli komputer riba, bagi peminjam PTPTN

Pengangkutan

1.  Pas Pengangkutan tidak terhad My30 diteruskan, dan dilanjutkan ke Kuantan dan Pulau Pinang

2.  Pas Komuter RM5 sebulan untuk pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 6 dan OKU

Perlindungan Sosial

1. Perlindungan MySalam diluaskan untuk meliputi kos peranti perubatan seperti stent dan prostesis

2. Penerima B40 terima baucar RM50 untuk produk Perlindungan Tenang.

3. Pelepasan duti setem atas produk insurans/takaful hayat dengan sumbangan tidak lebih RM100 dilanjutkan lima tahun lagi

Warga Emas dan OKU

1.  Bantuan kewangan untuk warga emas, penjaga orang kurang upaya dan pesakit kronik ditambah kepada RM500

2.  Bantuan kewangan kepada OKU tidak bekerja ditambah kepada RM300

3.  Elaun insentif kepada pekerja OKU dinaikkan kepada RM450

4. Bantuan kewangan kepada anak golongan ini: RM150 seorang (7 – 18 tahun) RM200 seorang (6 tahun ke bawah), maks RM1,000 bagi satu keluarga

Lain-lain

1.  Sebanyak 140,000 isi rumah akan menikmati e-rebat RM200 untuk membeli penyaman udara atau peti sejuk cekap guna tenaga

2. Kredit telekomunikasi RM180 untuk golongan B40, untuk bil Internet atau beli telefon baharu..

Defisit Fiskal dan Hutang Negara

1. Defisit fiskal dianggarkan 6.0% pada 2020, satu angka yang agak besar

2.  Nisbah hutang kerajaan kepada KDNK dijangka meningkat kepada 61% pada tahun depan dan mungkin perlukan kelulusan parlimen untuk ditambah kerana had sementara sekarang ialah 60%

3. Ekonomi dijangka berkembang pada kadar 6.5 – 7.5% pada 2021. Lebih baik daripada tahun ini tetapi rasanya hanya menghampiri tetapi belum mengatasi paras 2019.

Ramai yang mungkin bimbang tentang defisit dan kadar hutang negara tetapi ini bukan masanya untuk melaksanakan penghematan. Survival rakyat menjadi keutamaan.

Nampaknya kita perlu meminjam daripada masa depan kita (kerajaan dan juga individu) untuk kelangsungan hidup dalam tempoh terdekat.  Mungkin penghematan boleh dilakukan mulai 2022.

Masih belum tiba masanya untuk melaksanakan belanjawan berhemat. Suka atau tidak, kerajaan perlu berbelanja lebih daripada pendapatan untuk menangani Covid-19 dan krisis ekonomi  yang timbul akibatnya, dan meningkatkan tahap hutang untuk membiayainya.

Nota: Maklumkan saya jika ada apa-apa yang tertinggal.

Sumber: The Star, Kosmo, The Malay Mail, The Edge

__________________________

Online Course dan E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

 

 

 

 

 

Unit Amanah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Membina Aset Kejayaan

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *