Ekonomi Malaysia Catat Prestasi Jauh Lebih Kukuh Pada S3

BNM dan Jabatan Perangkaan mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia mengalami penyusutan KDNK 2.7  pada suku ketiga 2020 berbanding kemerosotan 17.2% pada suku kedua 2020. Prestasi lebih baik ini memang dijangkakan memandangkan PKP telah mula dilonggarkan pada suku ketiga.

Bagaimanapun, anda mungkin hairan mengapa pertumbuhan ekonomi atau KDNK Malaysia negatif sedangkan AS contohnya mencatatkan kadar pertumbuhan positif ketara sebanyak 33.1% dalam tempoh yang sama.

Sebenarnya dua pengiraan tersebut tidak boleh dibandingkan kerana ia adalah ukuran berbeza. Bagi Malaysia, angka yang diumumkan ialah penyusutan 2.7 berbanding Suku 3 tahun 2019, iaitu year on year (secara tahunan) sedangkan bagi AS, angka yang diumumkan ialah quarter on quarter, iaitu berbanding Suku 2 2020.

Bagi Malaysia, jika dibandingkan dnegan Suku 2 2020, ekonomi mencatatkan pertumbuhan  18.2%.  Masih lebih rendah daripada AS tetapi ada sebabnya.

Ini kerana pada Suku 2 2019, Malaysia mencatatkan kemerosotan hanya 16.5% sedangkan AS mencatatkan kejatuhan mendadak 31%.  Sebab itulah bila pulih kembali, eknomi AS pun naik dengan ketara, selepas jatuh dengan teruk.

Untuk membuat perbandingan sebenar, lihat maklumat di bawah:

Pertumbuhan KDNK Suku 3 2020 (Year on Year)

AS   -2.9%     Malaysia   -2.7%

Pertumbuhan KDNK Suku 2 & Suku 3 2020 (Quarter on Quarter)

Suku 2    AS  -31.4%   Malaysia -16.5%
Suku 3    AS  33.1%    Malaysia 18,2%

Dengan menggunakan data yang sebanding, lebih mudah kita buat penilaian.  Tetapi perkara lebih penting ialah apakah yang diceritakan oleh prestasi ekonomi Malaysia pada Suku 3 2020?

Pertama sekali pemulihan ekonomi sedang berlaku. Situasi lebih baik daripada Suku 2 2020 tetapi masih tidak mengatasi output Suku 3 2019. Pendek kata keadaan bertambah baik tetapi negara masih lagi gawat.

Memandangkan PKP yang dilaksanakan semula di Malaysia dan juga di negara-negara barat sekarang, kemungkinan besar kita akan mengalami satu lagi penyusutan kecil pada Suku 4 2020, sebelum kembali pulih pada Suku 1 2021.

Semuanya bergantung kepada kadar penularan pandemik, dan kepantasan pelaksanaan program vaksin.

Infografik Jabatan Perangkaan

 

_________________________

Online Course dan E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

 

 

 

 

 

Unit Amanah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Membina Aset Kejayaan

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *