Adakah i-Sinar akan menjejaskan prestasi KWSP?

Satu isu menarik yang sedang hangat dibahaskan sekarang ialah pengeluaran i-Sinar. Adakah skim ini, yang membantu golongan yang kehilangan sumber pendapatan mengeluarkan simpanan KWSP mereka, akan menjejaskan prestasi KWSP?

Dengan pelaksanaan i-Lestari & i-Sinar, CEO KWSP berkata mereka perlu menjual aset untuk menyediakan dana untuk pengeluaran ahli. Di samping itu KWSP juga kehilangan peluang pelaburan.

Dato’ Seri Najib kemudian bertanya “Yang KWSP nak jual aset tu dah kenapa?”. Menurut beliau, aset yang perlu dijual cuma bon kerajaan pada kadar faedah tetap. Menurutnya 50% daripada set KWSP adalah dalam bentuk bon kerajaan.

Tetapi kenyataan DS Najib tidak begitu tepat, walaupun saya faham maksudnya. Tidak tepat kerana bon kerajaan juga aset bagi KWSP dan perlu dijual.

Maksud sebenar beliau ialah KWSP tidak perlu mengalami kerugian menjual aset seperti saham atau hartanah pada harga yang rendah, sebaliknya hanya perlu menjual bon kerajaan sahaja.

(Bon Kerajaan ialah aset bagi KWSP atau liabiliti bagi Kerajaan)

Tetapi penjualan bon kerajaan akan mengubah peruntukan aset KWSP yang menyebabkan ia berada di luar peruntukan aset strategiknya. Ini bermakna risiko portfolio pelaburan KWSP mungkin meningkat dan perlu diimbangi semula pada masa depan.

Di samping itu, walaupun ia mungkin tidak menyebabkan kerugian, KWSP akan hilang peluang meningkatkan untung kerana tidak boleh melabur dalam aset bermutu tinggi yang kini boleh didapati pada harga rendah, dalam keadaan semasa.

Malah situasi ini mungkin berterusan sepanjang 2021 dan mungkin sehingga 2022, iaitu sehinggalah peruntukan aset strategik KWSP diimbangi semula.

Kita tidak dapat meramalkan kesan sebenar i-Sinar berasaskan maklumat yang ada. Walaupun ia mungkin tidak menyebabkan kerugian atau pengurangan untung, keupayaan KWSP untuk menjana untung lebih tinggi untuk tempoh satu atau dua tahun mungkin terjejas.

Sebagai ahli KWSP yang tidak mengambil i-Sinar, saya setuju trade-off ini kerana sedar ramai yang memerlukan bantuan sekarang.

Tetapi berkenaan saranan ahli politik tertentu untuk melonggarkan lagi kriteria i-Sinar, saya tak berapa setuju kerana ia mungkin menyebabkan kesan yang lebih besar ke atas keuntungan KWSP, yang menjejaskan pulangan lebih ramai pencarum lain.

________________________

Online Course dan E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

 

 

 

 

 

Unit Amanah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *