Pelaburan Indeks Pasif: Menguntungkan Di AS, Menghampakan Di Malaysia

Pelabur tersohor John Boggle telah mengasaskan dana yang dinamakan dana indeks pasif lebih 45 tahun lepas. Kaedah pelaburan indeks ini telah menjana keuntungan memuaskan kepada pelabur pasif di Amerika sejak itu. Malah dana-dana indeks kini menguasai sebahagian penting daripada jumlah aset yang dilaburkan di sana.

Tetapi jika kita mencuba kaedah yang digunakan oleh John Bogle dalam indeks di Malaysia, keputusannya agak menghampakan.  Cuba lihat graf perbandingan kadar kenaikan antara dua indeks A&S, iaitu S&P 500 (ungu) dan Dow Jones (biru), dengan indeks pasaran saham utama Malaysia, FBM KLCI (merah).

Sukar untuk menentukan mengapa kelemahan ini berlaku, tetapi mungkin kerana kombinasi sebab-sebab berikut:

  1. Pasaran pengguna dan korporat AS yang jauh lebih besar, membolehkan syarikat-syarikatnya terus berkembang.
  2. Tahap kemajuan negara tersebut.
  3. Inovasi dan penyelidikan & pembangunan yang dilaksanakan di sana.
  4. Tumpuan amat kukuh yang diberikan kepada shareholder value, yang ada baik dan buruknya.
  5. Dasar wang longgar sejak 1990an lagi.
  6. Kadar faedah yang tersangat rendah.
  7. Tahap hutang AS yang tinggi, yang memacu perbelanjaan pengguna selama ini.
  8. Pasaran saham AS yang lebih efisien dari Malaysia.

Kita tidak tahu sama ada perbezaan tersebut boleh bertahan kerana ada yang mendakwa tahap hutang dan pertambahan bekalan wang di sana tidak boleh berterusan selamanya.

Tetapi itu pasaran Amerika. Apa yang kita patut bimbang ialah dalam jangka masa hampir 10 tahun, indeks kita naik tak sampai 10%, bukan secara tahunan tetapi untuk tempoh 10 tahun!

Saya tak pasti di mana kelemahan dunia perniagaan atau ekonomi kita, tetapi kita ketinggalan jauh di belakang, walaupun jika kita mendakwa kenaikan di AS adalah kerana dasar wang yang tidak sustainable.

Semua ini bermakna kita tidak boleh bergantung kepada syarikat-syarikat dalam indeks secara pasif, sebaliknya perlu melabur saham secara aktif atau memilih dana unit amanah yang dilaburkan secara aktif. Kebanyakannya telah mengatasi indeks penanda aras dengan mudah.

Mungkin keadaan berubah dalam tempoh 10 tahun akan datang, tetapi berasaskan situasi semasa sukar untuk mengemukakan hujah bagi pelaburan indeks pasif dalam indeks di Malaysia buat masa ini.

Selling point utama dana indeks pasif ialah kosnya yang rendah. tetapi kos pembelian dana aktif kini semakin rendah apabila dibeli online (2%) atau dibeli terus daripada laman web KWSP (0-0.5%).

Jadi sukar untuk menjustifikasi pelaburan indeks pasif dalam indeks di Malaysia buat masa ini.

(Nota: Peratus pulangan yang diberikan dalam graf tidak termasuk dividen)

_______________________

Online Course dan E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

 

 

 

 

 

Unit Amanah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *