Fitch Turunkan Penarafan Malaysia ke BBB+

Semalam agensi penarafan Fitch telah menurunkan penarafan kredit kerajaan Malaysia daripada A- kepada BBB+. Punca penurunan taraf ini ialah hutang yang semakin meningkat untuk membiayai rangsangan ekonomi dan menangani penularan pandemik, dan juga ketidakstabilan politik negara.

Tindakan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Tiada free lunch dalam soal ekonomi. Jika mahu berbelanja lebih besar, akan timbul defisit lebih besar, yang perlu dibiayai dengan hutang lebih besar.

(Alternatifnya ialah mencetak wang seperti saranan Pak Timbalan Menteri tempoh hari)

Kesannya sudah tentulah penarafan kredit kita akan turun. Tetapi ini tidak semestinya negatif kerana banyak juga negara lain yang diturunkan taraf hutangnya kerana perbelanjaan defisit yang besar.

Hampir semua negara tiada pilihan melainkan menangani menangani pandemik Covid-19 dengan meningkatkan perbelanjaan menerusi pembiayaan hutang

Apakah kesannya? Secara teori jika kredit sesebuah negara diturun taraf, apabila ia menerbitkan hutang baharu, contohnya menerbitkan bon atau sukuk, kadar untuk hutang tersebut adalah lebih tinggi.

Bagaimanapun, dalam suasana kadar faedah sangat rendah semasa, tak pasti sama sejauh mana kesannya terhadap penerbitan hutang baharu kerajaan. Mungkin agak kecil.

Ketidakpastian juga timbul tentang kesannya terhadap pasaran saham, tetapi jika ada pun mungkin bersifat sementara selagi berita tentang pembangunan dan pengagihan vaksin terus positif.

Namun begitu, penurunan taraf ini satu bendera merah amaran. Kali ini ia mungkin tidak memberikan kesan yang besar, tetapi keupayaan kita untuk terus berbelanja di luar kemampuan lagi adalah terhad.

Saya pasti satu lagi penurunan taraf dalam tempoh terdekat akan menimbulkan kesan yang jauh lebih besar dan harus dielakkan.

______________________

Online Course dan E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

 

 

 

 

 

Unit Amanah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Membina Aset Kejayaan

 

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *