Kelulusan Belanjawan Malaysia Beri Sedikit Kestabilan Sehingga Pilihan Raya

Kelulusan belanjawan negara pada minggu ini, walaupun tipis, akan memberikan sedikit kestabilan yang amat penting untuk ekonomi Malaysia sehingga pilihan raya akan datang.

Sekurang-kurangnya ia akan memberi peluang untuk kepada kerajaan semasa untuk fokus pada pemulihan ekonomi dan syarikat-syarikat perniagaan memberi tumpuan memulihkan perniagaan masing-masing.

Kesan tidak meluluskan Belanjawan tempoh hari agak besar. Walaupun jika belanjawan dapat ditewaskan, yang secara efektif bermakna kehilangan kepercayaan kepada Perdana Menteri, tidak semestinya bilangan yang sama akan menyokong pemimpin baharu.

Ini kerana sokongan di sebelah pembangkang berpecah-belah. Malah, sokongan tambahan yang diperlukan sudah tentunya datang dari Umno, yang menyebabkan parti itu juga akan menghadapi kemelut.

Ini belum mengambil kira bila pula belanjawan baharu daripada kerajaan baharu akan diluluskan dan gangguan dan kelewatan yang timbul daripadanya.

Oleh yang demikian, walaupun kerajaan yang rapuh sekarang jauh daripada ideal, pada pendapat saya kejayaan meluluskan belanjawan sekurang-kurangnya memberikan ruang kepada banyak pihak untuk bernafas, dan ini jelas dilihat daripada sentimen di pasaran saham selepas itu.

Satu lagi perkara yang kini nyata ialah Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk membuka ekonomi walaupun tidak dapat mengawal sepenuhnya penularan Covid-19.

Bsgi saya ini satu keputusan yang betul (saya pasti ada banyak pihak lain yang mempunyai pendapat berbeza) kerana terlalu ramai orang yang terkesan dari segi ekonomi, sehingga beratus ribu dan mungkin mencecah lebih sejuta.

Kontranya ialah keputusan ini ada impak dari segi kesihatan, kerana dalam tempoh enam bulan akan datang, iaitu sehingga vaksin diberikan kepada lebih 70% daripada populasi, kita mungkin melihat kadar penyakit yang agak tinggi.

Marilah kita sama-sama bekerja keras untuk memulihkan ekonomi diri dan keluarga, serta ekonomi negara, sambil mematuhi sepenuhnya SOP untuk memastikan sektor kesihatan negara tidak begitu terbeban, sehinggalah negara mencapai herd immunity atau imuniti kelompok.

______________________

Online Course dan E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

 

 

 

 

 

Unit Amanah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *