ASB umum Agihan 3.50 sen, Bonus 0.75 sen dan Bayaran Ehsan 0.75 sen untuk 30,000 unit pertama yang dipegang

PNB telah mengumumkan agihan ASB terendah dalam sejarah, meneruskan trend pulangan yang semakin menurun.

Agihan ASB bagi 2020 ialah 3.50 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit di samping bayaran ehsan 0.75 sen seunit untuk 30,000 unit pertama.

Tahun lepas, tanpa Covid pun ASB sudah mencatatkan pulangan terendah dalam sejarah dengan agihan 5% dan bonus 0.5%.

Persekitaran pelaburan sekarang jauh lebih kompetitif sedangkan saiz dananya semakin besar, menyukarkan para pengurus dana untuk bergerak dengan tangkas. Mungkin ini antara sebab pulangan semakin rendah selain daripada keadaan pasaran saham negara.

Manakala bayaran ehsan adalah untuk 30,000 unit pertama. Bermakna, untuk 30,000 unit pertama kadar agihan efektif ialah 4.25% + bonus 0.75%.  Manakala bagi unit melebihi 30,000%, kadar agihan efektif ialah 3.5% + bonus 0.75%.

Jadi adakah pulangan semasa bagus atau tak bagus? Dalam suasana Covid-19, bolehlah dianggap memuaskan tetapi sama sekali tidak boleh dianggap baik.

Jika kita tinjau jadual dana unit amanah dalam kategori ekuiti atau aset bercampur (saya akan ulas dalam artikel lain), banyak juga yang mencatatkan prestasi jauh lebih baik.

Bagaimanapun, bagi dana yang dilindung modalnya, iaitu tiada risiko kerugian modal, pulangan yang diberikan adalah sesuatu yang normal.

Sebab itulah apabila membandingkan pulangan ASB dengan penanda aras, Tan Sri Zeti membandingkannya dengan kadar deposit tetap 12 bulan bank, bukannya dengan dana lain atau pun dengan indeks pasaran saham.

Apa yang di tidak normal ialah pulangan yang diberikan pada tahun-tahun sebelum ini, yang agak luar biasa bagi dana yang tiada risiko kerugian.

Mungkin segala kelebihan yang ada pada masa dahulu sebagai entiti pelaburan negara sudah tiada lagi, selain daripada saiz dananya yang semakin besar yang menyukarkannya untuk masuk atau keluar pelaburan dengan mudah.

Saya yakin prestasi boleh ditambah baik pada masa depan, tetapi jangan mengharapkan zaman gemilang ASB kembali di mana agihan lebih 8% diumumkan, melainkan bagi satu atau dua tahun yang luar biasa sahaja.

Berikut adalah kadar Pulangan ASB dari 1990 – 2019 yang dipetik daripada artikel Astro Awani tahun lepas.

 

______________________

Online Course dan E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

 

 

 

 

 

Unit Amanah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *