AirAsia Catat Kerugian Besar Dengan Kedudukan Aset Bersih Negatif
Minggu lepas AirAsia telah mengumumkan angka kerugian terbesar, apabila mencatatkan defisit RM2.4 bilion pada suku keempat 2020, yang menjadikan jumlah kerugian sebanyak RM5.1 bilion untuk seluruh tahun 2020. Kerugian ini lebih besar daripada yang dijangka ramai penanalisis, tetapi bukan sama sekali di luar dugaan kerana kemelut yang dihadapi akibat Covid-19.