Walaupun indeks pasaran Malaysia dan juga dana institusi besar di Malaysia menunjukkan prestasi hambar disebabkan keadaan ekonomi semasa, ada banyak dana unit amanah yang mencatatkan pencapaian cemerlang.
Dana-dana ini membuat pemilihan saham secara aktif, dan berasaskan keputusan pelaburan akhir tahun, banyak fund manager yang jauh mengatasi indeks.
Jika kita lihat tiga kategori utama dana unit amanah berlandaskan syariah yang melibatkan ekuiti, iaitu dana aset bercampur (campuran saham dan sukuk), dana ekuiti bermodal kecil/sederhana dan dana ekuiti bermodal besar, prestasi yang dicatatkan amat kukuh.
Dana Aset Bercampur
Dana Ekuiti Bermodal Kecil/Sederhana
Dana Ekuiti Bermodal Besar
Prestasi paling baik ditunjukkan oleh kategori dana ekuiti bermodal kecil/sederhana dengan semua dana dalam senarai 10 teratas mencatatkan pulangan lebih 30%, manakala 10 dana terbaik dalam kategori dana ekuiti bermodal besar mencatatkan pulangan lebih 20%.
Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan indeks FBM KLCI tidak ke mana? Jawapannya ialah pemilihan saham yang tepat.
Krisis koronavirus ini berbeza sedikit daripada krisis lain kerana menimbulkan situasi di mana ada syarikat mengalami masalah besar tetapi ada syarikat tertentu yang untung besar.
Manakala banyak saham yang mengalami penurunan harga pada mulanya telah mula mencatatkan recovery pada akhir tahun.
Jadi pemilihan saham yang betul pada masa yang betul membolehkan dana-dana ini mengambil kesempatan daripada situasi semasa.
Nota:
1. Ada satu tempoh beberapa tahun lepas di mana prestasi banyak dana unit amanah gagal mengatasi pencapaian KWSP dan ASB dan menerima kritikan, tetapi sejak dua tahun lalu banyak juga unit amanah mencatatkan prestasi jauh lebih baik dan pujian harus diberikan kepada para pengurus dana tersebut.
2, Prestasi baik tahun ini tidak menjamin ia akan berterusan pada tahun depan walaupun ekonomi dijangka pulih. Ia amat bergantung kepada kebijaksanaan pemilihan saham pengurus dana.
3. Sumber: Morningstar Malaysia
______________________
Online Course dan E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:
Author: Razali Razman
Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.