PKP Walaupun Perlu Akan Melengahkan Sedikit Pemulihan Ekonomi

Kerajaan telah mengumumkan satu lagi PKP untuk menyekat penularan Covid-19 yang semakin berleluasa. Kesannya ialah ia akan melengahkan sedikit pemulihan ekonomi, tetapi tidak terlalu ketara kerana banyak sektor yang boleh beroperasi.

Walaupun impaknya kecil bagi sektor yang dibenarkan beroperasi, tetapi ia amat ketara bagi yang tidak dapat beroperasi dan juga peniaga kecil. Diharapkan Kerajaan boleh memberikan bantuan kepada kumpulan sasar ini.

Walaupun ramai yang bimbang atau mempersoalkanĀ  pengumuman darurat oleh Perdana Menteri, tetapi dari sudut ekonomi semata-mata, PKP dan berapa lama ia dilaksanakan jauh lebih penting dan memberikan kesan lebih besar berbanding pengumuman darurat.

Sama ada patut atau tidak darurat tersebut memang boleh dipersoalkan dan patut diperbahaskan, tetapi dari segi ekonomi ia berpotensi memberikan sedikit kestabilan buat masa ini.

Reaksi pasaran pada hari ini menunjukkan mengapa sektor perniagaan lebih suka kestabilan, memandangkan ancaman ketidakstabilan yang wujud sekarang, kerana berasaskan situasi politik semasa, tiada siapa yang nampaknya mempunyai sokongan majoriti.

Salah satu daripada kesan PKP ini ialah kadar pengangguran mungkin kekal hampir kepada 5% sehingga Mac tahun ini.

Malah satu lagi perkara yang perlu diingat dalam perancangan apabila kita membuat keputusan pelaburan, perniagaan dan pekerjaan ialah sebahagian besar daripada bekalan vaksin yang telah diumumkan hanya akan diperolehi pada separuh kedua tahun ini.

Itu belum mengambil kira pelaksanaan program suntikanĀ  yang pasti akan mengambil masa. Jadi walaupun jika vaksin berkesan, kita mungkin tidak melihat manfaatnya sekurang-kurangnya sehingga suku terakhir tahun ini.

Malah manfaat penuh mungkin hanya diperolehi pada tahun hadapan. Oleh yang demikian syarikat yang mendapat untung lumayan kerana situasi Covid-19 mungkin terus mampu mengekalkan untung pada tahun ini.

Manakala syarikat yang paling terjejas pula mungkin mengambil masa lebih lama untuk pulih. Bagi sebahagian besar syarikat lain pula, diharapkan separuh kedua tahun akan membawa sinar yang lebih cerah.

_____________________

Online Course dan E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

 

 

 

 

 

Unit Amanah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *