Adakah Dana Yang Gagal Mengatasi Indeks Penanda Aras Tetapi Mencatatkan Pulangan Tinggi Bagus Atau Tidak?

Seorang rakan FB saya yang terlibat dalam industri pelaburan bertanyakan soalan menarik di atas.  Untuk mencari jawapannya, saya tanyakan kembali satu lagi soalan yang berkaitan?

Adakah anda lebih suka:

A) Dana yang mencatatkan pulangan keseluruhan 80% dalam tempoh lima tahun walaupun ia gagal mengatasi indeks penanda aras* yang mencatatkan kenaikan lebih tinggi sebanyak  90%; atau

B) Dana yang mencatatkan pulangan 50% dalam tempoh 5 tahun tetapi berjaya mengatasi indeks penanda arasnya yang hanya mencatatkan kenaikan 45%?

(*Penanda aras ialah indeks saham atau bon atau gabungan kedua-duanya yang digunakan untuk menanda aras atau mengukur prestasi dana)

Sebagai pelabur dah tentu saya pilih Dana A, dan saya pasti anda pun sama.  Perkara paling penting ialah pulangan mutlak yang diterima. Sama ada pengurus dana mengatasi indeks juga penting tetapi merupakan faktor kedua.

Pastinya yang paling ideal ialah kita pilih dana yang juga menggunakan indeks penanda aras Dana A, tetapi berjaya menynamai  atau mengatasinya. Tetapi situasi ideal sukar dicapai.

Jadi selain daripada keupayaan pengurus dana, perkara penting, atau mungkin lebih penting ialah kategori dana dan penanda aras yang digunakan. Ini bermakna anda perlu juga menilai dari sudut makro.

Contohnya, jika anda ingin melabur sekarang, anda perlu pertimbangkan beberapa faktor termasuk di mana dana itu melabur (contohnya China, US, Eropah atau Malaysia), melabur dalam saham bermodal kecil, sederhana atau  besar; sama ada dana ekuiti, bon atau bercampur.

Pendek kata anda perlu memilih kategori dana yang anda rasa akan mencatatkan prestasi terbaik dalam jangka masa pelaburan anda (1 tahun, 3 tahun, 5 tahun atau lebih).

Jika prestasi kategori tersebut dan indeks penanda arasnya bagus, kemungkinan besar pulangan yang anda terima  juga tinggi, walaupun jika pengurus dana anda gagal mengatasi indeks penanda aras.

Satu lagi perkara yang perlu diingat ialah kategori atau indeks yang telah mencatatkan pulangan paling lumayan 5 tahun lepas tidak semestinya akan menjadi kategori yang mencatatkan pulangan terbaik dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Sebab itulah amat penting untuk turut mengambil kira faktor makroekonomi dalam analisis pelaburan anda.

____________________

Online Course dan E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

 

 

 

 

 

Unit Amanah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Membina Aset Kejayaan

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *