Pos Malaysia catat kerugian suku tahunan terbesar dalam sejarah

Pos Malaysia telah mengalami kerugian suku tahunan terbesar dalam sejarah apabila mencatatkan defisit RM232 juta pada S4 TK20. Walaupun sebahagian besar daripada kerugian ini adalah kerugian one off atau sekali akibat rosot nilai aset tertentu yang berjumlah RM181 juta, ia tidak boleh diabaikan kerana ini bukan kali pertama rosot nilai aset dilakukan.

Di samping itu rosot nilai aset ini mengurangkan nilai aset bersih syarikat, yang semakin menyusut dan kini tinggal hanya RM1.46 sesaham berbanding angka yang jauh lebih besar beberapa tahun lepas.

Maksudnya Pos Malaysia tidak mencipta nilai, sebaliknya memusnahkan nilai bagi para pemegang sahamnya kebelakangan ini.

Walaupun selepas mengabaikan faktor rosot nilai aset, Pos Malaysia masih lagi mengalami kerugian operasi. Malah ini merupakan suku tahun kesepuluh berturut-turut Pos Malaysia mengalami kerugian.

Perkara yang sedikit menghairankan ialah berasaskan perkembangan pandemik dan ledakan e-dagang, sepatutnya syarikat seperti Pos Malaysia dengan khidmat Poslaju sepatutnya salah satu daripada syarikat yang boleh mengambil kesempatan.

Tetapi persaingan amat sengit, terutamanya dnegan banyak peserta baru di pasaran. Terdapat tekanan dari segi harga.

Saya masih ingat lagi 10 tahun lepas apabila masih menjual buku fizikal bahawa kos untuk mengirimkan buku adalah agak tinggi.  Tetapi saya lihat di Shopee atau Lazada sekarang kos untuk penghantaran barang yang lebih berat kini lebih murah.

Jadi saya tak pasti sama ada syarikat-syarikat perkhidmatan kurier meletakkan harga di mana mereka boleh mendapat untung daripada setiap transaksi.

Masalah kakitangan yang dihadapi oleh J&T baru-baru ini menimbulkan persoalan sama ada harga yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat ini adalah underpriced untuk membolehkan syarikat meraih bahagian pasaran, tetapi menyebabkan mereka tiada margin.

Selain daripada persaingan sengit, Pos Malaysia juga mempunyai masalah legasi seperti jumlah surat biasa yang semakin berkurangan, sedangkan mereka tidak boleh menghentikan perkhidmatan atas sebab sosial.

Pihak pengurusan ada menyatakan bahawa mereka perlukan tiga tahun untuk pulih. Rasanya sudah lebih separuh jalan daripada tempoh tersebut.

Diharapkan sesuatu boleh dilakukan untuk memulihkan keuntungan kerana secara peribadi saya secara keseluruhannya berpuas hati dengan perkhidmatannya, walaupun sekali-sekala ada isu.

____________________

Online Course dan E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

 

 

 

 

 

Unit Amanah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *