51 Petua Pelaburan Unit Amanah

Unit Amanah

Pada 2016, CEO KWSP ada menyebut bahawa hanya 20% daripada mereka yang melaburkan simpanan mereka dalam unit amanah menerima pulangan lebih tinggi daripada dividen KWSP, manakala 40% menerima pulangan lebih rendah.

Ini tidak bermakna unit amanah ialah instrumen pelaburan kurang baik, cuma kita perlu membuat pemilihan yang lebih teliti.

Proses lazim yang kita gunakan apabila membeli unit amanah ialah proses jualan. Iaitu kita ditawarkan dana tersebut oleh perunding. Tetapi pelabur perlu mengubah proses pembelian unit amanah ini daripada proses jualan kepada proses pemilihan.

Ini kerana pilihan dana adalah luas dan tidak terhad kepada beberapa syarikat sahaja.

Saya telah menulis e-book 51 Petua Pelaburan Unit Amanah ini untuk membantu anda dalam proses pemilihan unit amanah.

Formatnya adalah dalam topik-topik ringkas supaya pembaca boleh pergi terus ke maklumat yang diperlukan atau membaca dari mula hingga akhir.

Pada 2011 saya pernah menulis buku mengenai Unit Amanah bertajuk Panduan Pelaburan Unit Amanah tetapi buku itu tidak lagi dikemas kini.

Banyak perkembangan terbaru dan pandangan saya tentang satu dua perkara juga telah berubah.

E-book terbaru ini hanya 61 halaman dan sesuai untuk pembaca yang sudah biasa dengan tulisan ringkas dalam media sosial hari ini, tetapi kandungannya sama padat atau lebih, pada harga hanya RM20.

Saya tidak memasukkan segala maklumat yang tidak perlu atau tidak penting.

Disediakan dalam format PDF, ia boleh dimuat turun dan dibaca dalam hampir semua peranti yang boleh membuka format tersebut.

Anda boleh membacanya dalam telefon atau komputer atau mencetak buku jika anda mahu.

PERHATIAN: Siapa yang dah beli buku terdahulu saya dan mengikuti tulisan terkini saya tentang unit amanah rasanya tidak perlu membeli ebook ini. Klik untuk sampel kandungan.

51 Petua Pelaburan Unit Amanah
Format: PDF
Halaman: 61 ms
Harga : RM20

Buat bayaran/pindahan ke akaun di bawah:
Maybank: Razali Mohd Razman 564258336101; atau
Public Bank: Razz Publications 3814097213
Hantar Bukti Bayaran ke :
Whatsapp  016-2088234; atau
emel ke razzpublishing@gmail.com

Sampel Kandungan