Memahami Petunjuk & Kitaran Ekonomi Untuk Menjana Pulangan & Mengurangkan Risiko Kerugian

 

 

 

 

Kursus Online

1. 103 video pendek dengan jumlah masa kira-kira 5 jam setengah.
2. Dua video Bahasa Inggeris dengan sari kata BM lebih kurang 40 minit
3. Lebih 120 slide sebagai nota ringkas
4. Video tambahan pada masa depan jika ada perkembangan ekonomi terkini penting
5. Boleh ditonton berulang-ulang kali, bila-bila anda kelapangan

Keadaan ekonomi global dan tempatan memainkan peranan penting untuk menentukan peruntukan aset dan pelaburan. Keputusan pelaburan yang dibuat tanpa kajian dan pertimbangan tentang keadaan ekonomi boleh meningkatkan risiko kerugian.

Kursus online ini memberikan kefahaman tentang faktor-faktor ekonomi yang mempengaruhi aset pelaburan anda, terutamanya saham, unit amanah dan hartanah, di samping aset lain seperti komoditi dan emas.

Selain itu, faktor asas ekonomi seperti penawaran dan permintaan dan juga proses penciptaan wang turut dikupas untuk memberikan penerangan tentang sistem kewangan semasa.

Mengapa kita perlu kaji petunjuk dan kitaran ekonomi?

Tonton video ini, yang merupakan sebahagian daripada kursus:

Kursus ini dibahagikan kepada 20 topik serta satu topik tambahan mengenai Covid-19 dan kesannya terhadap ekonomi dan pelaburan:

Keadaan ekonomi yang berbeza adalah baik untuk sesetengah aset dan kurang baik untuk aset lain, bagus untuk saham tertentu dan negatif bagi saham lain.

Contoh paling jelas ialah krisis Covid-19 yang menimbulkan kesan buruk amat ketara bagi sesetengah sektor seperti pelancongan, minyak & gas dan retail, tetapi merupakan habuan besar bagi sektor seperti peralatan perubatan dan juga teknologi.

Kursus ini akan mengajar anda meninjau pelbagai petunjuk ekonomi untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang di mana hala tuju ekonomi pada masa depan, dan memberikan anda kelebihan untuk membuat keputusan pelaburan yang bijak.

Siapa yang sesuai mengikuti kursus ini?

1.  Pelabur tahap asas (beginner) dan pertengahan (intermediate)
2.  Mereka yang mahu meningkatkan ilmu ekonomi untuk menambah baik keputusan pelaburan
3.  Mereka yang mahu belajar meramalkan kitaran ekonomi
4.  Pelabur yang ingin memahami apa yang diutarakan oleh pakar-pakar ekonomi di media
5.  Pernah belajar ekonomi di sekolah atau kolej tetapi di peringkat paling asas sahaja
6.  Atau tidak pernah mengambil subjek ekonomi di universiti

Harga: RM100.
Selepas diskaun: RM90
(Diskaun RM10 untuk setiap pembelian RM70 di Razz Publications)
Format: 103 Video Ringkas Online + 120 Slide PDF
Jumlah Masa: Lebih 6 jam

Nota:

1.  Perlukan sambungan Internet untuk tonton video
2.  Boleh ditonton bila-bila masa anda kelapangan
3.  Boleh disaksikan berulang-ulang kali untuk kefahaman
4.  Hanya dijual di sini dan di kedai Shopee Razz Publications sahaja

 

Screenshot ulasan setakat ini di Shopee

Jaminan pulangan wang dalam 7 hari

Jika dalam masa 10 hari anda tidak puas hati dengan kursus ini, anda boleh maklumkan kami. Kami akan memulangkan wang anda. Pembelian ini tiada risiko bagi anda.

Kursus ini boleh dibeli dari kedai Razz Publications Shopee atau di sini dengan terus mengisi borang di bawah untuk kaedah pemindahan wang:

Klik di bawah untuk beli di Shopee dengan kad, pindahan bank serta beberapa kaedah bayaran lain


BELI DI SHOPEE

atau

Isi Borang di bawah untuk membeli di sini menerusi pindahan bank dan deposit di ATM: