Membina Aset Kejayaan Mencapai Kebebasan Kewangan

Membina Aset Kejayaan Mencapai Kebebasan Kewangan

Jurang antara miskin dan kaya semakin besar. Faktor pembeza antara kedua-dua golongan ialah pemilikan aset. Golongan kaya memiliki aset untuk menjana pulangan, yang kurang berada hanya menyara diri dengan pendapatan sahaja..

Satu cara untuk membebaskan diri dari belenggu kemiskinan dan kesederhanaan ialah dengan melabur dalam aset atau harta untuk menjana pulangan.

Kita sedia maklum bahawa sekarang ini ada pelbagai pilihan pelaburan. Malah banyak kelas pelaburan dalam segala bentuk aset kini ditawarkan di Facebook dan menerusi Internet.

Ebook ini memberikan pandangan tentang pelaburan dalam setiap aset dari perspektif neutral dan dengan berpijak di bumi nyata dan bukannya berasaskan ‘hype’ kerana sudah tentulah mereka yang mempromosikan atau menjual pelaburan tertentu lebih cenderung untuk menonjolkan keuntungan sahaja tetapi bukan kerugian yang dialami pelabur.

Ebook ini juga menerangkan tentang mengapa anda perlu mengumpulkan aset dan bagaimana aset yang menjana pendapatan boleh akhirnya membawa kepada kebebasan kewangan kepada anda, iaitu apabila anda boleh hidup dengan meraih pendapatan daripada aset tersebut sahaja, tanpa mengurangkan nilainya.

Walaupun bukan semua orang boleh menjadi kaya, tetapi semua orang boleh membina masa depan yang lebih cerah. Matlamatnya ialah meningkatkan nilai aset bersih anda tahun demi tahun, sehingga aset itu sendiri dapat menampung sara hidup anda, tanpa perlu bergantung kepada pekerjaan semata-mata.

Nota: Sila skrol ke bawah untuk sampel kandungan.

Membina Aset Kejayaan
Mencapai Kebebasan Kewangan
Versi: 3.0
Tahap: Asas/Newbie
Format: PDF
Halaman: 101 ms
Harga : RM20

Buat bayaran/pindahan ke akaun di bawah:
Maybank: Razali Mohd Razman 564258336101; atau
Public Bank: Razz Publications 3814097213
Hantar Bukti Bayaran ke :
Whatsapp  016-2088234; atau
emel ke razzpublishing@gmail.com

Profil Penulis

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk, Panduan Asas Saham, 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan Razali: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM).

Sampel Kandungan