Panduan Asas Saham

Panduan Asas Saham

Saham bukan permainan. Tetapi bila sembang pasal saham, cakap-cakap yang kedengaran ialah saham itu alat dagangan yang boleh digunakan untuk cetak duit (sehinggalah pelabur sedar bahawa mereka juga boleh rugi duit),

Setiap saham adalah bahagian pemilikan dalam perniagaan yang merupakan sebuah syarikat tersenarai umum. Syarikat tersebut ada kakitangan, pengurusan, pembekal dan pelanggan dan menjana nilai ekonomi untuk pemiliknya dan membayar cukai kepada negara.

Saham tersebut dijual kepada awam supaya orang ramai seperti anda dan saya boleh memiliki syarikat-syarikat tersenarai besar, sederhana dan kecil, walaupun hanya pemilikan sebahagian, dengan jumlah pelaburan kecil.

Matlamat untuk menyenaraikan syarikat menerusi IPO ialah untuk mengumpul dana. Institusi pelaburan, syarikat lain dan juga pelabur umum ialah pembekal dana. Bursa saham pula ialah tempat saham-saham tersebut dijual beli antara pelabur selepas disenaraikan.

Dengan melabur dalam saham, anda boleh memanfaatkan hasil dividen (jika ada) dan juga kenaikan harga jika syarikat mencatatkan untung.

Tetapi sekiranya syarikat rugi, kemungkinan besar tiada dividen dan harga akan turun, menyebabkan pelabur rugi. Inilah hakikat asas pelaburan saham.

Ebook Panduan Asas Saham ialah ebook yang menerangkan tentang asas pelaburan saham yang kini memasuki Edisi Ketiga. Versi terbaru ini membetulkan kesilapan dan mengemas kini maklumat untuk mengikuti perkembangan terkini dunia pelaburan saham.

Ebook ini untuk siapa?

1.  Bakal pelabur saham baru (complete newbie)
2.  Pelabur baru yang sudah buka akaun tapi belum beli saham
3.  Pelabur yang sudah cuba membeli tetapi belum memahami sepenuhnya
4.  Pelabur yang telah terjun dulu dalam dunia pelaburan tetapi nak reset balik ilmu

Kandungan Ebook ini:

Bab 1  – Penerangan tentang maksud syarikat, saham, modal saham, nilai saham dan pasaran saham, indeks saham di Bursa Malaysia serta komponennya dan faktor dan kriteria yang menjadikan sesebuah saham patuh syariah.

Bab 2  – Menjelaskan tentang instrumen lain berkaitan saham seperti waran, waran panggilan, Dana Dagangan Bursa (ETF), Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) dan instrumen lain yang juga diperdagangkan di Bursa Malaysia.

Bab 3  – Pemilihan syarikat broker, jenis akaun perdagangan yang disediakan, kos urus niaga, jumlah belian minimum yang kos efektif, urus niaga menerusi panggilan telefon atau secara dalam talian atau melalui aplikasi telefon.

Bab 4  – Memahami skrin saham dan semua data dan maklumat yang terkandung di dalamnya. Serta jumlah saham yang dibeli dalam satu lot. Bagaimana meletakkan pesanan dalam queue atau cara untuk terus menerima tawaran daripada pembeli atau penjual.

Bab 5  – Cara membaca slip urus niaga, mencatatkan transaksi jual beli saham yang telah dilaksanakan, mencatatkan portfolio saham dalam perisian Excel.

Bab 6  – Maklumat tentang kaedah analisis saham. Antara maklumat yang perlu dikumpulkan termasuk latar belakang syarikat, penyata kewangan dan beberapa nisbah penting yang perlu diketahui tentang pelaburan. Selain itu, soalan penting yang perlu ditanya untuk menilai kualiti syarikat turut dinyatakan. Akhir sekali ialah faktor yang mempengaruhi bekalan dan permintaan saham.

Bab 7  – Menjejak pengumuman penting yang dibuat oleh syarikat termasuk pengumuman dividen dan kaedah mengira pulangan dividen, serta tarikh dan maklumat  penting tentang dividen, pecahan saham, terbitan bonus, pembelian balik saham dan keputusan suku tahunan.

Bab 8  – Menentukan kaedah pelaburan, sama ada secara sekali gus atau bulanan. Pelabur juga perlu tahu mengira pulangan atau keuntungan biasa dan juga pulangan terkompaun supaya boleh membandingkan prestasi mereka dengan indeks penanda aras. Cara mencatatkan portfolio, mengira pulangan portfolio dan kaedah mengehadkan kerugian yang dinamakan stop-loss juga disentuh.

Bab 9  – Sedikit penerangan tentang IPO dan bagaimana IPO ini tidak semestinya memberikan keuntungan. Di samping itu, kepentingan membaca prospektus juga ditekankan selain cara untuk membuat permohonan IPO.

Bab 10  – Buku dan laman web berguna yang boleh dimanfaatkan untuk mempelajari lebih lanjut dan terus meningkatkan ilmu pelaburan saham untuk menjadi pelabur yang bijak.

Nota: Skrol ke bawah untuk sampel kandungan

Panduan Asas Saham

 

Panduan Asas Saham
Versi: 3
Format: PDF
Halaman: 116 ms
Harga : RM30

 

Buat bayaran/pindahan ke akaun di bawah:
Maybank: Razali Mohd Razman 564258336101; atau
Public Bank: Razz Publications 3814097213

Hantar Bukti Bayaran ke :
Whatsapp  016-2088234; atau
emel ke razzpublishing@gmail.com

Profil Penulis

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk, Panduan Asas Saham, 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan Razali: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM).

Sampel Kandungan: